Perjanjian secara mendalam diantara Khalifa Mamun ar-Rashid Abbasi dan Imam Reza telah dirakamkan di dalam Sharh-e-Mawaqif. Setelah berutus selama 6 bulan dan dengan ancaman dari Mamun, Imam Reza telah dipaksa untuk menerima menjadi pengganti khalifa. Perjanjian telah dituliskan dan Mamun menanda tangani, perjanjian yang mengatakan bahawa selepas Mamun mati khalifa akan berpindah kepada Imam Reza.
Apabila dokumen diletakkan dihadapan Imam Reza, dia menuliskan catitan yang berikut mengenainya: ÔÇÿSaya, Ali Bin Musa Bin Jafar, dengan ini mengatakan bahawa hamba yang beriman [Mamun ar-Rashid], [Semoga dia berdiri teguh pada yang benar dan semoga Allah memandunya kejalan yang betul] telah mengiktiraf hak kami, yang mana lainnya tidak lakukan; maka dia telah menyambungkan pertalian yang telah dipisahkan; dia memberikan keamanan dan kepuasan kepada mereka yang ditindas dengan kekejaman, bahkan dia mengembalikan semangat mereka apabila ianya hampir musnah; dia menjadikan mereka senang dan bersyukur apabila mereka setelah menjalani kehidupan yang menderita, supaya dia boleh mendapat rahmat Allah dan sesungguhnya Allah akan memberikan kepadanya ganjaran yang baik, kepada mereka yang bersyukur kepadaNya dan Dia tidak mengabaikan ganjaran bagi mereka yang benar. Sesungguhnya dia telah menjadi saya penggantinya dan telah menletakkan pada saya kebesaran emirate jika saya dapat hidup selepas dia.ÔÇÖ
Pada penhujungnya, Imam yang suci menulis: ÔÇÿTetapi Jafr-e-JamiÔÇÖa mengatakan yang sebaliknya, [iaitu saya tidak akan selamat] dan saya sendiri tidak tahu bagaimana kamu dan saya akan diperlakukan. Hanya Allah, yang memerintah, yang perintahNya adalah benar, dan Hakim yang teragung.ÔÇÖ
SaÔÇÖd Bin MasÔÇÖud Bin Umar Taftazani di dalam bukunya Sharh-e-MaqasiduÔÇÖt-Talibin fi-ilm-e-UsuluÔÇÖd-din, merujuk kepada perkataan yang dituliskan oleh Imam, ÔÇÿJafr wa JamiÔÇÖaÔÇÖ di dalam perjanjian, mengulas dengan mendalam bahawa maksud Imam menurut dari Jafr dan JamiÔÇÖa, Mamun tidak akan memeggang pada janji dan dunia melihat apa yang terjadi. Bahawa keturunan nabi yang dicintai telah syahid kerana diracun. Maka kebenaran terhadap pengetahuan Imam yang suci telah terbukti, dan ianya telah diketahui oleh setiap manusia bahawa keluarga yang suci lagi mulia ini tahu semua perkara yang jelas dan tersembunyi.
JIBRIL MEMBAWA BUKU TERTUTUP UNTUK WASI [PENGGANTI] NABI.
Satu dari hadiah ilahi kepada Ali melalui nabi adalah buku penamat yang dibawa oleh Jibril. Ulama dan ahli sejarah yang agung, Allama AbuÔÇÖl-Hasan Ali Bin al-Husain MasÔÇÖud, yang dihormati oleh sunni dan shia menulis di dalam bukunya IsbatuÔÇÖl-Wasiyya: ÔÇÿJibril dan malaikat yang diamanahkan membawa dari Allah buku yang tertutup kepada nabi dan berkata kepadanya: ÔÇÿSemua yang hadir disini bersama kamu melainkan wasi kamu, hendaklah tinggalkan tempat ini supaya saya boleh memberikan kitab-e-wasiyya [buku pesanan terakhir]
Kemudian nabi mengarahkan semua yang hadir supaya beredar melainkan Amirul-Mukminin, Fatima, Hasan dan Husain. Jibril berkata: ÔÇÿWahai nabi! Allah sampaikan salamNya kepada kamu dan mengatakan bahawa dokumen ini yang mana Dia telah menjanjikan kepada kamu dan telah menjadikan malaikatNya saksi kepadanya dan bahawa Dia sendiri adalah saksi kepadanya.ÔÇÖ
Kemudian nabi mula menggigil dan berkata: ÔÇÿSalam adalah kepunyaaNya, dan salam adalah dariNya, dan salam kembali kepadaNya.ÔÇÖ
Mengambil buku itu dari Jibril dia membacanya dan berikan kepada Ali. Nabi berkata: ÔÇÿIni adalah janji dan amanah dari tuhan ku. Sesungguhnya saya telah melaksanakan tugas saya dan telah menyampaikan pesanan Allah.ÔÇÖ
Amirul-Mukminin berkata: ÔÇÿSemoga ibu dan bapa ku berkorban nyawa untuk kamu! Saya menjadi saksi kepada kebenaran pesanan ini. Telinga, mata, daging dan darah saya menjadi saksi kepadanya.ÔÇÖ
Nabi berkata kepada Ali: ÔÇÿIni adalah wasiat saya dari pihak Allah. Terimalah dan menjadi penjamin padanya dihadapan Allah. Adalah bagi saya pada mejalankan tugas saya.ÔÇÖ Ali berkata: ÔÇÿSaya akan menjadi penjamin kepadanya, dan adalah bagi Allah pada menolong saya.ÔÇÖ
Di dalam buku itu Amirul-Mukminin telah disuruh memenuhi janji yang berikut:
Bersahabat dengan sahabat Allah; bermusuh dengan musuh Allah. Bersabar terhadap penindasan;supaya dengan sabar menanggong dan menahan kemarahan apabila haknya dirampas, apabila dihina dan apabila dia diserang dengan secara keji.
Amirul-Mukminin berkata: Saya terima, dan saya berpuas hati dengannya. Jika yang keji ditunjukkan kepada saya, jika hadith ditolak, jika arahan al-Quran telah diputar belitkan, jika Kabah diratakan, dan jika janggut saya dimerahi dengan darah dari kepala saya, walaupun begitu saya akan tabah dan sabar.ÔÇÖ
Selepas itu Jibril, Mikail dan malaikat muqarrabin yang lain telah menyatakan kesaksian mereka terhadap AmiruÔÇÖl-MuÔÇÖminin. Begitu juga, Hasan, Husain, dan Fatima telah diamanahkan dengan tanggong jawab yang sama. Keadaan dan masalah yang akan mereka hadapi telah diberitahukan kepada setiap mereka dengan terperinchi. Selepas itu kenyataan dan penyaksian telah ditutup dengan mohor emas mentah dan diberikan kepada Ali. Buku itu mengandongi hadith Allah, hadith nabi, penentangan mereka yang menentang dan penukaran terhadap perintah ilahi dan segala kejadian dan bencana yang berlaku selepas nabi.
Dan inilah yang Allah katakan: ÔÇÿDan segalanya Kami telah simpan pada Imam yang nyata [petunjuk, ie Ali].ÔÇÖ [36:12]
Secara ringkas, nabi sampaikan pengetahuannya kepada Ali dan keturunannya, Imam yang maÔÇÖsum. Jika tidak begitu, nabi tidak akan memanggil Ali ÔÇÿpintu pengetahuanÔÇÖ dan tidak akan berkata: ÔÇÿJika kamu hendak mengambil faedah dari pengetahuan saya, pergilah kepada pintunya; Ali.ÔÇÖ
Jika Imam yang suci tidak mempunyai semua pengetahuan nabi, dia tidak akan mengatakan dihadapan semua sahabat dan juga musuhÔÇØ ÔÇÿTanyalah kepada saya apa sahaja yang kamu kehendakki sebelum saya mati dan meninggalkan kamu.ÔÇÖ
Tidak ada siapa melainkan Ali yang pernah mengatakan begini untuk dirinya. Apabila mereka yang lain mengatakan mempunyai pengetahuan telah disoal mengenai fakta yang nyata dan yang tersembunyi, mereka akhirnya mendapat malu.
Hafiz Ibn AbduÔÇÖl-Barr Maghribi Andalusi di dalam bukunya IstiÔÇÖab fi MaÔÇÖrifatiÔÇÖl-Ashab berkata, ÔÇ£Sesiapa yang mengucapkan perkataan ÔÇÿTanyalah saya sebelum saya mati dan meninggalkan kamuÔÇÖ adalah penipu, melainkan Ali Bin Abi Talib.ÔÇØ AbduÔÇÖl-Abbas Ahmad Ibn Khallikan ShafiÔÇÖi di dalam Wafaya dan Katib-e-Baghdadi di dalam TaÔÇÖrikh, jilid 13, p.163, mengatakan bahawa satu hari Maqatil Bin Sulayman, seorang ulama terkenal, mashor dengan kebolehannya menjawab soalan susah dengan cepat, mengatakan dihadapan perhimpunan manusia: ÔÇ£Tanyalah saya mengenai apa sahaja yang dibawah langit.ÔÇØ
Seorang bertanyakan kepada dia: ÔÇ£Bilakah nabi Adam mengerjakan haji? Siapa memotong rambutnya apabila dia selesai?ÔÇØ Maqatil menjadi binggung dan terus membisu.
Seorang lagi bertanya kepada dia: ÔÇ£Adakah semut mengambil makanannya melalui perut atau melalui cara lain? Jika melalui perut, dimanakah perut dan ususnya?ÔÇØ
Maqatil sekali lagi terdiam. Dia berkata: ÔÇ£Allah telah meletakkan soalan itu di dalam hati kamu supaya saya mendapat malu dengan kebanggaan, pada pengetahuan yang saya milikki.ÔÇÖ
Hanya mereka yang sempurna kemampuannya untuk menjawab semua soalan boleh mengatakan yang sedemikian. Di dalam seluruh ummah, tiada siapa melainkan Ali Ibn Abi Talib yang mempunyai kedudukan begitu.
Oleh kerana dia adalah ÔÇ£pintu pengetahuanÔÇØ nabi, dia mempunyai segala pengetahuan mengenai perkara yang jelas dan tersembunyi sebagaimana yang diketahui nabi. Makanya, dia boleh mengatakan, ÔÇÿtanyalah sayaÔÇÖ dan memberikan jawapan yang tepat dan memuaskan kepada semua soalan. Diantara para sahabat juga tidak ada seorang pun melainkan Ali, yang mengatakan yang sedemikian.
Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam Musnad, Muwaffaq Bin Ahmad Khawarizmi di dalam Manaqib, yang agung Khwaja Sulayman Balkhi Hanafi di dalam YanabiuÔÇÖl-Mawadda, Baghawi di dalam MuÔÇÖjim, MuhibuÔÇÖd-din Tabari di dalam RiyazuÔÇÖn-Nuzra, jilid II, p.198, dan Ibn Hajar di dalam SawaÔÇÖiq, p.76 telah mengatakan dari SaÔÇÖid Bin Musayya sebagai berkata bahawa tidak ada seorang sahabat, melainkan Ali Ibn Abi Talib, pernah berkata: ÔÇ£Tanyalah saya apa sahaja yang kamu suka.ÔÇØ