Mengapa orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus? Dan mengapa orang Sunni mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap?
soalan
Mengapakah orang Syiah mengerjakan solat dengan tangan lurus dan Sunni melakukannya dengan tangan sedakap? Apakah tatacara yang diseru oleh Nabi? Apakah ada dalilnya?
Jawaban Global
Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah pada ummat manusia melalui NabiNya, Muhammad al-Musthafa (s.a.w). Islam adalah agama yang satu, dan selama Nabi Muhammad (s.a.w) hidup, semua ajaran dan syari’at yang dibawa Islam masih murni dan tidak ada ruang bagi para musuh Islam memalsukannya. Namun semuanya berubah ketika penjaga utama syari’at Ilahi ini meninggal dunia. Musuh-musuh Islam menemukan cara untuk memusnahkan Islam dengan berbagai cara. Ini bukan hanya menyebabkan perpaduan Islam terancam, bahkan ajaran-ajaran murninya cuba dicemari hingga ke hari ini. Ini berlaku pada semua ajaran Islam, bahkan pada syari’at Islam yang paling pertama dan utama, iaitu solat!
Syiah Imamiyah mengerjakan solat mereka dengan tangan lurus kerana mengikuti tata-cara solat Rasulullah (s.a.w) dan para imam maksum (a.s) yang merupakan orang terdekat dan paling mengerti tentang kehidupan Rasulullah kerana mereka adalah keluarga Rasulullah sendiri. Terdapat banyak sekali riwayat-riwayat yang menukil tatacara solat Nabi (s.a.w) semenjak awal hingga akhir dalam tradisi Syi’ah Imamiyah, iaitu Rasulullah (s.a.w) dan para Imam Maksum menunaikan solatnya dengan tangan mereka lurus di pinggang. Selain itu menutup tangan ketika mengerjakan solat adalah mirip dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang Majusi dalam ibadah mereka.
Jawaban Detil
Lebih dari itu, sejarah menyebutkan bahawa tidak terdapat riwayat yang menukil tentang Nabi (s.a.w) yang bersedakap tangan tatkala menunaikan solat. Bagaimanapun, amalan bersedakap tangan tatkala solat merupakan sebuah peristiwa yang terjadi setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w) di zaman khalifah kedua. Atas alasan inilah, Ahlusunnnah mengerjakan solat mereka dengan tangan bersedakap. Ini pun tidak semua pengikut Ahlusunnah yang melakukannya, ada sebahagian daripada mereka yang tidak mengerjakan demikian.
Meletakkan tangan di atas tangan merupakan sebuah cara yang tidak ada pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan bagidinda sendiri menunaikan solatnya dengan tangan lurus.[1] Oleh kerana Syiah mengikuti Nabi (s.a.w) dan para imam maksum (a.s) dalam seluruh solat, maka mereka mengerjakan solat dengan cara seperti ini. Selain itu bersedakap tangan tatkala mengerjakan solat merupakan sebuah bid'ah yang dilakukan setelah wafatnya Rasulullah (s.a.w); ertinya amalan solat sedemikian tidak terdapat pada zaman Rasulullah (s.a.w) dan terjadi di zaman khalifah kedua. Semenjak zaman khalifah kedua, keadaan seperti ini berlaku[2] dan dewasa ini majoriti Ahlusunnah mengerjakan solat mengikuti tatacara solat khalifah kedua,[3] bukan mengikuti tatacara solat yang diajar oleh Rasulullah (s.a.w).
Selain tidak pernah diajar oleh Rasulullah, para imam maksum (a.s) mengatakan bahawa tatacara solat seperti ini adalah tatacara ibadah yang mirip dengan tatacara ibadah orang-orang kafir dan kaum Majusi, kerana itulah mereka melarangnya. Para imam maksum (a.s) memerintahkan Syiah untuk mengerjakan solat mereka mengikut tatacara solat Nabi (s.a.w) iaitu dengan tangan bersedakap.
Hadis Abi Hamid Sa'idi menyatakan seluruh perbuatan Nabi (s.a.w) ketika menunaikan solat dari takbiratul iḥramhingga salam, namun dalam riwayat itu tidak disebutkan sedikit pun amalan bersedakap tangan dalam solat Nabi (s.a.w). Abu Hamid Sa'idi berkata, selepas takbir Rasulullah (s.a.w) menurunkan tangannya (meluruskan) dan mendekatkannya ke sisi beliau.[4] Kita sudah sedia maklum, seandainya bersedakap tangan adalah amalan mustahab, tidak mungkin Nabi (s.a.w) meninggalkan amalan mustahab (dianjurkan) sepanjang riwayat hidup baginda.
Demikian juga Hammad bin 'Isa meminta Imam Shadiq (a.s) untuk mengajarkan tatacara solat yang benar dan sempurna kepadanya. Ketika itu Imam Shadiq (a.s) berdiri mengadap kiblat dan mengerjakan seluruh amalan mustahab. Setelah beliau melakukan takbiratul ihram dan memulakannya dengan bacaan solat dan melanjutkannya sehingga menutup solat dengan salam (sebagaimana solat yang dikerjakan oleh orang Syiah hingga hari ini).[5]Dalam riwayat ini, Imam Shadiq (a.s) mengajarkan tatacara solat Rasulullah (s.a.w) kepada Hammad bin Isa dan tidak disebut keadaan tangan bersedakap atau tangan di atas tangan. Sekiranya amalan demikian merupakan sunnah, maka sudah tentu Imam Shadiq (a.s) menjelaskan masalah tersebut.
Demikian juga, banyak riwayat yang dinukil dari para imam maksum (a.s) yang mengatakan: "Amalan (bersedakap tangan) adalah mirip dengan perbuatan orang Majusi dan orang-orang kafir. Amalan seperti ini tidak boleh dilakukan. Di sini kita akan menyebutkan beberapa riwayat lain untuk menegaskan hal tersebut:
Diriwayatkan dari Muhammad bin Muslim, daripada Imam Shadiq (a.s) atau Imam Baqir (a.s) bersabda: "Aku berkata: Seseorang meletakkan tangannya dalam solat (dan dikisahkan) tangan kanan di atas tangan kiri? Imam bersabda: "Perbuatan tersebut adalah menutup (al-takfir) dan tidak boleh dilakukan."[6]Diriwayatkan oleh Zurarah, daripada Abi Ja'far sesungguhnya beliau bersabda: "Dan hendaklah tangan kalian lurus dalam solatmu dan janganlah engkau bersedakap kerana orang-orang Majusi melakukan hal tersebut (dalam ibadah mereka).[7]Diriwayatkan daripada Shaykh Shaduq dengan menyandarkannya kepada Ali (a.s) sesungguhnya beliau berkata: "Hendaklah kaum muslim tidak mendakapkan tangannya dalam solatnya ketika ia berdiri di antara tangan Tuhan dan (perbuatan ini) mirip dengan orang kafir iaitu Majusi.[8]
Untuk telaah lebih jauh kami persilakan anda untuk merujuk:
Al-Inṣāf fī Masāil Dama fiha al-Khilāf, Ayatullah Syaikh Ja'far Subhani, jil. 1, hal. 169-193
[1]. Hadis yang berkenaan dengan masalah ini segera akan dijelaskan pada bahagian berikutnya.
[2]. Bukti dari perkara ini adalah hadis Sahl bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Bukhari: "Dulu orang-orang diperintahkan untuk meletakkan tangan kananya di atas lengan tangan kirinya dalam shalat (Fath al-Bāri fī Syarh Shahîh al-Bukhāri, jil. 2, hal. 224). Sekarang apabila Nabi (s.a.w) memerintahkan untuk menutup tangan maka tidak ada maknanya ketika disebutkan (dalam hadis tersebut): "Dulu orang-orang diperintahkan" teks tersebut bukan berbunyi: "Dulu Nabi (s.a.w) memerintahkan."
[3]. Mazhab Hanafi, Syafi'i dan Hanbali memandang bersedakap tangan sebagai sunnah dan mustahab (dianjurkan) akan tetapi Maliki menganggap bahwa tangan lurus sebagai sunnah. Al-Fiqh 'ala al-Madzhāhib al-Khamsah, hal. 110.
[4]. Sunan Baihaqî, jil. 2, hal. 72, 73, 101 dan 102; Sunan Abî Daud, jil. 1, hal. 194.
[5]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'il, jil. 4, bab 1, Min Abwāb Af'āl al-Shalat, hadis pertama.
[6]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'i, jil. 4, bab 15, Min Abwāb Qawāthi' al-Ṣalāt, hadis pertama.
[7]. Syaikh Hurr al-Amili, Al-Wasā'il, jil. 4, bab 15, Min Abwāb Qawāthi' al-Ṣalāthadis 2, 3, dan 7.
[8]. Ja'far Subhani, Fiqh al-Syiah al-Imāmiyah wa Mawādhi' al-Khilāf Bainahu wa baina al-Madzhāib al-Arba', hal. 183.