Muharram, Sutera Merah Syahadah

Rate this item
(0 votes)
Muharram, Sutera Merah Syahadah

 

Dengan ketibaan Muharram, bermulalah bulan kepahlawanan, keberanian dan pengorbanan; bulan kemenangan darah mengalahkan pedang. Bulan di mana kebenaran menghina kuasa kebatilan di sepanjang zaman, dan kezaliman serta pemerintahan syaitani terbakar oleh pukulan api kepalsuan. Muharram adalah pengajaran untuk generasi sepanjang sejarah bagaimana kemenangan melawan pedang dan panah. Bulan di mana kuasa besar tunduk di hadapan kalimah kebenaran. Bulan di mana pemimpin umat Islam mengajarkan kita jalan perjuangan melawan pemerintah zalim; sebuah jalan yang mesti dilalui oleh pejuang kebebasan, pencari kemerdekaan dan penuntut kebenaran untuk menguasai kereta kebal, peluru dan tentera iblis. Inilah jalan kalimah hak mengalahkan kebatilan. (1)

Muharram adalah bulan di mana keadilan bangkit menentang kezaliman dan kebenaran bangun melawan kebatilan. Sejarah membuktikan kebenaran tidak pernah kalah melawan kebatilan. (2)

Muharram adalah bulan yang dengan wasilah Penghulu Para Mujahid dan Kaum Tertindas (Saidina Husin r.a), Islam dihidupkan kembali dan diselamatkan daripada konspirasi anasir fasad yang ingin ditikam oleh Bani Umayyah. Islam, sejak awal kelahirannya disirami darah syuhada dan mujahid serta membuahkan hasil. (3)

Muharram bagi pengikut Ahlul Bait adalah bulan kemenangan yang diraih dengan korban dan darah.(4)

Betapapun Muharram adalah bulan musibah, penuh kesedaran dan menggerakkan; ia (sebenarnya) sebuah gerakan agung Sayyid as-Syuhada’ (Penghulu Para Syahid) dan Pemimpin Para Wali (Saidina Husin r.a) yang berdiri di hadapan taghut untuk mengajar manusia dengan ajaran yang hidup dan teguh; mengajarkan mereka jalan meruntuhkan kezaliman dan kekerasan dengan pengorbanan dan kematian. Inilah simbol ajaran Islam untuk umat sehingga ke akhir abad. (5)

Bulan Muharram dan Safar adalah bulan yang memelihara kelestarian Islam. (6)

Kita mesti menghidupkan bulan Muharram dan Safar dengan memperingati musibah yang menimpa Ahlul Bait a.s di mana ingatan-ingatan inilah yang menjadikan mazhab ini terus terpelihara hingga hari ini. (7)

Bulan Muharram adalah bulan di mana masyarakat bersedia untuk mendengar tentang hak dan kebenaran. (8)

Kini adalah bulan Muharram yang seakan-akan ‘pedang Ilahi’ sedang berada di tangan tentera Islam yang kuat, khatib yang hebat, para ulama yang mulia, serta para pengikut Sayyid as-Syuhada a.s yang setia. Gunakanlah kesempatan ini dengan sebaiknya. Bersandarlah pada kuasa Ilahi, nescaya akar kezaliman dan pengkhianatan mampu dicincang putus. Bulan Muharram adalah bulan kekalahan adikuasa rejim Yazidiyah dan tipu-daya Syaitaniyah. (9)

 

Bab 1: Punca dan Faktor kebangkitan Asyura

Di zaman awal Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w – pengasas keadilan dan kebebasan – Bani Umayyah telah melakukan penyimpangan untuk membenamkan Islam ke tenggorok penzalim dan memusnahkan keadilan di bawah kaki penjahat. Ketika itulah sebuah gerakan besar Asyura ditegakkan oleh Sayyid as-Syuahada Imam Husein a.s. (10)

Pemerintahan kejam Yazid telah melakarkan tinta merah ke atas wajah gemilang Islam dan menghapus segala susah payah Rasulullah s.a.w dan umat Islam di zaman awal serta pengorbanan darah syuhada dilupakan dan menjadi sia-sia. (11)

Telah hancurlah sebuah doktrin murahan yang datang dengan kesesatan jahiliyah dan usaha untuk menghidupkan rejijm nasionalisme dengan seruan “Tidak pernah ada berita yang datang dan tidak pernah ada wahyu yang turun”[1]. Sebuah dinasti monarki telah didirikan dengan mengheret Islam dan wahyu jatuh serta meruntuhkan pemerintahan Islam yang adil. Tiba-tiba seorang tokoh besar yang menghirup inti wahyu Ilahi yang dibesarkan dalam keluarga Rasulullah s.a.w dan Imam Ali al-Murtada a.s serta dari ribaan Siddiqah at-Tahirah Fatimah az-Zahra s.a telah bangun mencipta sejarah agung dengan gerakan Ilahiyah dan pengorbanan yang tiada bandingnya. (12)

 

Bani Umayyah memang berniat untuk menghancurkan Islam. (13)

Dinasti Bani Umayyah datang untuk menjadikan Islam sebagai rejim taghut. Islam dan pengasasnya diselewengkan. Seperti perlakuan Genghis Khan kepada Iran, Muawiyah dan anaknya yang zalim melakukan kerosakan kepada Islam atas nama khalifah Rasulullah, merubah asas ajaran wahyu kepada sebuah rejim syaitani. (14)  

Sayyid as-Syuhada Imam Husein a.s melihat Muawiyah dan anaknya (semoga Allah melaknati mereka) sedang memusnahkan ajaran Islam, memberikan gambaran Islam secara salah. Islam datang untuk membentuk insan, bukan memberi kuasa untuk dirinya. Mereka ini ayah dan anak,[2] memperlihatkan Islam secara songsang. Menjadi imam jamaah tetapi minum arak! Acara mereka adalah acara yang huru-hara. Imam jamaah yang berjudi! Menjadi imam, menaiki mimbar dan berkhutbah atas nama pengganti Rasulullah tetapi bangun menentang Rasulullah s.a.w! Seruan mereka adalah Laa ilaaha illaLlah tetapi menolak Ilahiyah. Tindakan dan perilaku mereka adalah tindakan syaitan walaupun slogan mereka atas nama khalifah Rasulullah! (15)

Yazid adalah seorang yang berkuasa dan seorang sultan. Saya ingin tegaskan bahawa apa sahaja yang dimiliki oleh seorang raja dimiliki oleh Yazid. Dia menggantikan Muawiyah. Namun apakah hujah Imam Husein a.s ketika berhadapan dengan sultan di zaman itu? Apakah hujah beliau berhadapan dengan ‘payung Tuhan’ dan ‘daulat’ seorang raja? Kepada pemerintah yang memberikannya kesyahidan beliau berkata, “Saya adalah khalifah sebenar Rasulullah s.a.w!” Ini kerana pemerintah dan sekutunya adalah penyeludup yang ingin menakluki dan menelan sebuah bangsa serta kepentingannya! (16)  

Kesultanan dan putera mahkota adalah pemerintahan yang batil dan jahat di mana Sayyid as-Syuhada bangun untuk menghalangnya dan beliau telah gugur syahid. Imam Husein a.s menolak pelantikan Yazid dan tidak mengakui kesultanannya. Beliau bangkit dan menyerus umat Islam untuk menentangnya. Ini semua bukan daripada ajaran Islam. Islam tidak mempunyai kesultanan dan warisan putera mahkota. (17)

Bahaya yang dibawa oleh Muawiyah dan Yazid untuk Islam bukanlah perampasan terhadap hak khalifah semata-mata. Memang ini suatu bahaya. Namun bahaya yang lebih penting yang dibawa ialah keinginan mereka untuk menjadikan pemerintahan Islam sebagai dinasti. Mereka menginginkan maknawiyah berubah menjadi taghutiyah. Atas nama ‘khalifah Rasulullah’ Islam dipesongkan menjadi rejim taghut. Ini sangat penting. Mereka berdua ingin atau telah merosakkan citra Islam. Dasar Islam diubah menjadi sistem beraja. Arak dan judi berleluasa dalam setiap majlis mereka. Kononnya ‘khalifah’ tetapi dalam acaranya terdapat arak dan judi?! Dalam masa yang sama solat berjamaah?! Budaya ini adalah bahaya besar bagi Islam.

Inilah yang ingin dihalang oleh Sayyid as-Syuhada dan bukan sekadar masalah kekhalifahan. Kebangkitan Imam Husein a.s adalah kebangkitan melawan kesultanan taghut. Kesultanan yang ingin mewarnakan Islam dengan warna lain dan jika berhasil maka Islam akan menjadi sebuah ajaran lain. Islam inilah yang diamalkan oleh rejim kesultanan 2500 tahun ini.   

Sedangkan Islam adalah agama yang ingin sistem kesultanan ini dan seumpamanya diruntuhkan demi mewujudkan sebuah pemerintahan Ilahiyah di dunia ini. Agama menginginkan ‘taghut’ diganti dengan kalimah ‘Allah’ sedangkan mereka meletakkan ‘taghut’ di tempat ‘Allah’. Inilah masalah lalu dan sejarah jahiliyah. Pengorbanan Imam Husein a.s bukanlah satu kegagalan kerana kebangkitan itu adalah demi Allah. Kebangkitan Allah tidak pernah gagal. (18)

Mereka ingin memusnahkan dasar Islam dengan mencipta sebuah pemerintahan Arab. Tindakan mereka inilah menyebabkan Arab, bukan Arab dan semua umat Islam menjadi celaru. Ini bukan masalah Arab, ‘Ajam atau Parsi tetapi (bersangkutan) dengan Allah dan Islam. (19)

Sayyid as-Syuhada melihat mereka sedang mencemari Islam, melakukan perbuatan salah dengan nama khalifah dan bersikap zalim. Apakah ini akan menggambarkan bahawa khalifah Rasullulah boleh melakukan perkara-perkara sedemikian? Imam Husein a.s mengetahui tanggungjawabnya lalu berangkat ke Karbala dan gugur syahid. Dengan itu hancurlah tradisi dan penyelewangan Muawiyah dan anaknya. (20)

Sayyid as-Syuhada tidak mempunyai pengikut yang ramai. Beliau bergerak dengan segelintir sahabat dan bangun melawan Yazid yang merupakan pemerintah yang sombong, berkuasa dan berwajah Islam. Begitu juga dengan kaum keluarganya. Kononnya mereka adalah pemerintahan Islam dan khalifah Rasulullah. Itulah yang mereka khayalkan. Namun masalahnya dia adalah orang yang zalim yang memerintah tanpa hak. Inilah yang menyebabkan Aba Abdillah Imam Husein a.s bangkit dengan sebilangan kecil sahabatnya menghadapi musuh dan mengatakan, “Inilah tanggungjawabku untuk menolaknya dan mencegah kemungkaran.” (21)

Sayyid as-Syuhada ketika menghadapi pemerintah yang sedang memerintah rakyatnya dengan zalim telah berkata, “Jika kalian melihat seorang penguasa zalim sedang memerintah sebuah masyarakat dan melakukan kezaliman terhadap rakyatnya, maka kita harus bangun menentangnya dengan segenap kemampuan kita, walaupun dengan hanya beberapa orang dan terpaksa berdepan dengan tentera yang besar.” (22)

Suatu ketika Imam Husein a.s berkata bahawa ketika kami bangun menentang Yazid dan sultan yang kejam ini, dengan bilangan yang kecil berhadapan dengan jumlah yang besar dan berkuasa, yang kekuatan di tangan mereka, kita boleh berdalih dengan berkata bilangan kita kecil dan tenaga kita sedikit. Ungkapan ini disampaikan kepada rakyat di saat beliau bangkit menentang raja yang zalim pada waktu itu. Dalam khutbahnya beliau berkata, “Aku melawan orang ini adalah kerana dia telah memusnahkan janji Allah, menentang sunnah Rasulullah, melanggar kemuliaan Allah s.w.t dan mematahkannya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa yang berdiam diri dan tidak menegur perkara ini, tempat mereka adalah sama dengan Yazid di Jahannam. Tempat Yazid adalah tempat orang yang berdiam diri!”[3]

Sekarang kita lihat bahawa Sayyid as-Syuhada menentang penguasa yang zalim sebagaimana yang telah dikatakan dan dianjurkan. Ingatan ini adalah untuk semua dan umum; Man ra’a – sesiapa (sahaja) yang melihat. Barangsiapa yang melihat sultan yang zalim melakukan perkara tersebut lalu berdiam diri dengan tidak berkata apapun atau tidak mengambil apa-apa tindakan, maka orang ini tempatnya sama dengan pemimpin tersebut. Yazid adalah manusia yang zahirnya berpegang kepada Islam, mengaku sebagai khalifah Nabi dan menunaikan solat. Apa sahaja yang kita lakukan, dia juga melakukannya. Tetapi apa yang dilakukannya?! Dia melakukan maksiat dan amalan yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Tindakannya terhadap rakyat menyalahi sunnah Nabi. Sunnah mengatakan darah umat Islam wajib dipelihara, sebaliknya dia menumpah darah mereka. Harta umat Islam tidak boleh dibazirkan tetapi dia membazirkannya, sama seperti yang dilakukan oleh bapanya Muawiyah. Amirul Mukminin Imam Ali a.s yang menentangnya mempunyai tentera tetapi Sayyid as-Syuhada hanya memiliki sejumlah kecil pengikut dalam berhadapan dengan adikuasa yang besar. (23)   

Pada ketika wajah Islam sedang dicalari, pada hari itu jugalah para pembesar Islam memberikan kuasa pemerintahan kepadanya. Zaman di mana Muawiyah dan penggantinya sedang mencemari citra Islam. Atas nama ‘Khalifah Kaum Muslimin’ dan ‘Pengganti Rasulullah’, mereka melakukan jenayah tersebut. Majlis mereka adalah majlis caca-merba!

Di sinilah tanggungjawab para pembesar Islam untuk bangun berjuang dan melawan. Mungkin sahaja masyarakat jahil menganggap pemerintahan Muawiyah dan Yazid ini adalah wajah sebenar Islam. Inilah bahaya yang menimpa Islam. Bagi Imam Husein a.s perjuangan dan jihad harus dilaksanakan walaupun terpaksa menempuh kematian. (24)

 

Tujuan Kebangkitan Asyura

Semua Nabi diturunkan untuk memperbaiki masyarakat, khalas. Kesemua mereka mempunyai prinsip yang sama iaitu seseorang mestilah berkorban untuk masyarakatnya. Betapapun kemuliaan seseorang – di mana yang paling mulia adalah ketika harga dirinya lebih mahal daripada segala apa yang ada di dunia – mereka harus berkorban ketika masyarakat memerlukannya. Sayyid as-Syuhada juga mengalaminya. Dia datang, mengorbankan dirinya, keluarga dan sahabatnya. Seseorang harus berkorban untuk masyarakatnya dan mereka memerlukan reformasi; (ôtâÅÝó¡É)ø9$$Î/ ¨$¨Y9$# Pqà)u‹Ï9)[4] Keadilan perlu dibangunkan di tengah-tengah masyarakat. (25)

Imam Husein a.s gugur syahid demi keadilan Ilahi dan tegaknya rumah (agama) Allah s.w.t. (26)

Kehidupan Sayyid as-Syuhada sama seperti kehidupan Imam Mahdi a.s. Juga seperti kehidupan para nabi sejak dari Nabi Adam sehinggalah sekarang. Kehidupan bagi mereka ialah berdiri menentang kezaliman dan menegakkan pemerintahan yang adil. (27)

Kebangkitan Sayyid as-Syuhada sejak dari awal adalah untuk menegakkan keadilan. Pemerintah (ketika itu) tidak mengamalkan kebaikan dan melakukan kemungkaran. Manakala tujuan Sayyid as-Syuhada adalah al-amr bil ma’ruf wa nahy ‘anil munkar. Selain jalan lurus tauhid, segala penyimpangan adalah kemungkaran. Sebagai pengikut Imam Husein a.s yang memerhati kehidupan, kebangkitan dan tujuannya, setiap kemungkaran harus dihapuskan. Ini termasuklah menegakkan pemerintahan yang adil dan menumbangkan penguasa yang zalim. (28)

Seluruh usia dan kehidupan Sayyid as-Syuhada adalah untuk mencegah kemungkaran, menghalang pemerintahan zalim dan menghentikan kerosakan yang dibawa oleh mereka. Sepanjang hayatnya adalah perjuangan meruntuhkan penguasaan mereka, menyeru kebaikan dan menolak kemungkaran. (29)

Sayyid as-Syuhada dengan seluruh harga dirinya, nyawanya dan anak-anaknya, mengetahui apa yang bakal terjadi. Mereka berangkat dari Madinah ke Kota Mekah dan kemudian keluar dari situ dengan penuh kesedaran tentang nasib mereka. Mereka menyedari keberangkatan Imam adalah untuk mengambil sebuah pemerintahan dan mereka berbangga dengannya. Langkah ini bukanlah tindakan yang salah kerana pemerintahan haruslah berada di tangan orang seperti Sayyid as-Syuhada, seperti pengikutnya Sayyid as-Syuhada. (30)

Sayyid as-Syuhada melihat ajaran Islam akan musnah. Inilah faktor kebangkitan Sayyid as-Syuhada, kebangkitan Amirul Mukminin berhadapan dengan Muawiyah, kebangkitan para nabi di hadapan super power dan kafir, bukan masalah untuk merebut sebuah kerajaan. Seluruh dunia ini tidak bermakna bagi mereka. Ini bukan fahaman mereka. Bukan untuk melebarkan wilayah negara. (31)

Apa yang mendorong Sayyid as-Syuhada (bergerak) ke sana adalah ideologi. Kesatuan ummah dan iman yang menariknya. Segala-galanya diserahkan kepada aqidah dan iman, dan akhirnya mati terbunuh mengalahkan musuh. (32)

Sayyid as-Syuhada bangun melawan Yazid walaupun mungkin beliau yakin tidak akan dapat menggulingkan pemerintahan Yazid. Diberitakan memang beliau menyedari hal ini. Namun dia harus bangkit menentang pemerintahan yang zalim biarpun harus memberikan nyawanya. Lalu dia bangkit dan terkorban.

Sayyid as-Syuhada memandang masa depan Islam dan umat Islam. Dia berjuang, menentang dan berkorban agar suatu hari nanti jihad sucinya itu akan muncul di tengah-tengah masyarakat sebagai suatu sistem sosio-politik yang akan dilaksanakan. (34)

Sayyid as-Syuhada melihat tanggungjawab untuk berdiri tegak di hadapan penguasa ini dan syahid sehingga suasana (masyarakat) ketika itu tergugah dengan pengorbanannya  dan sebilangan kecil pengikut setianya. Beliau melihat ada pemerintahan yang zalim sedang berkuasa. Ketika itu beliau bangkit menunaikan tanggungjawab Ilahi yang telah ditentukan ke atasnya untuk bergerak, menentang dan menzahirkan penentangannya - biar apapun akan terjadi. Memang - mengikut kaedahnya - sekelompok kecil mampu berhadapan dengan kekuatan besar tersebut tetapi ini adalah taklif Ilahi. (35)

Tetapi (bagi Imam Husein a.s) ini adalah tanggungjawabnya untuk bangun dan menumpahkan darahnya sehingga umat ini dapat diperbaiki dan bendera pemerintahan Yazid diturunkan. Inilah yang telah berlaku. Darahnya tumpah, darah putera-puteranya memercik, darah keluarganya mengalir dan segala yang dimilikinya diserahkan di jalan Islam. (36)

Sayyid as-Syuhada bangkit walaupun tidak mempunyai kekuatan berhadapan dengan kuasa tersebut, sehingga beliau terbunuh. Jika beliau ingin beralasan (Na’uzubillahi min zalik) beliau boleh saja berkata; “Ini bukan tanggungjawab syarie saya”. Mereka (Bani Umayyah) ingin Sayyid as-Syuhada berdiam diri dan membiarkan mereka meneruskan kehidupan. Mereka takut pada kebangkitannya. Imam Husein a.s menghantar sahabatnya, Muslim ibn Aqil untuk menyeru rakyat memberi bai’ah kepada pemerintahan Islam yang akan dibentuknya; dan meruntuhkan pemerintahan fasik ini. Imam Husein a.s boleh duduk di tempatnya di Madinah dan memberi bai’ah kepada Yazid (Na’uzubillahi min zalik), tentu mereka gembira, menghormatinya dan mencium tangannya! (37)

Sayyid as-Syuhada menggadaikan nyawanya untuk Islam. (38)

Sayyid as-Syuhada menyerahkan para sahabatnya, anak-anak muda dan apa saja yang beliau miliki – sedang beliau tidak mempunyai harta kekayaan – di jalan Allah demi menguatkan Islam dan menentang kezaliman dan empayar ketika itu lebih luas daripada hari ini. (39)

Sayyid as-Syuhada terbunuh bukan sekadar untuk mendapatkan pahala. Baginya pahala bukan perhitungan. Apa yang lebih penting adalah menyelamat agama ini, demi kemajuan dan kelestarian Islam. (40)

Nabi s.a.w kalah dalam beberapa peperangan. Imam Ali a.s juga tewas dalam perangnya melawan Muawiyah dan Sayyid as-Syuhada juga mati terbunuh. Tetapi semuanya demi ketaatan kepada Allah. Segala harga diri hanya untuk Allah, dan dari dimensi ini tidak ada makna kegagalan. Inilah tanda ketaatan. (41)

 

Syuhada Karbala: Pilihan Sebuah Kesedaran

Semakin Sayyid as-Syuhada menghampiri hari Asyura, semakin dekat dengan hari kesyahidan. Para pemuda berlumba-lumba untuk mati syahid. Mereka semua tahu bahawa mereka akan gugur syahid beberapa jam lagi. Mereka berlumba-lumba kerana mereka tahu ke mana mereka akan pergi dan faham untuk apa mereka datang. Mereka sedar bahawa mereka datang untuk menunaikan tanggungjawab Ilahi dan datang untuk memelihara Islam. (42)

Dalam beberapa riwayat kita melihat ketika waktu tengahari Asyura menghampiri, Husein bin Ali a.s semakin bersemangat dan bergelora jiwanya. Beliau melihat ini adalah jihad di jalan Allah. Beliau sedar orang yang berjihad demi Allah akan kehilangan orang-orang yang dikasihi tetapi mereka menjadi bekal di alam Baqa. (43)

Khabar kesyahidan Imam Husein a.s terlihat dalam mimpi Rasulullah sa.w. Baginda bersabda kepada Imam Husein a.s: “Kamu tidak akan sampai ke satu darjat dalam syurga melainkan dengan kesyahidan.” (44)

Waktu zohor hari Asyura dalam kegawatan perang, salah seorang sahabat Sayyid as-Syuhada berkata, “Sudah masuk waktu zohor.” Imam Husein berkata, “Kamu mengingatkan solat dan Allah memasukkan kamu dalam kelompok orang-orang yang menunaikan solat.” Imam Husein tidak berkata kita ingin berperang, tidak! Justeru kita berperang adalah untuk solat. (45)

Dalam kecamuk perang dan masing-masing menanti saat akan terkorban, Ali Akbar, putera Imam Husein a.s yang masih remaja berkata, “Bukankah kebenaran bersama kita? Lalu mengapa harus kita takut.” Imam a.s menjawab, “Ya! (Kita tidak takut) saat kebenaran bersama kita.” (46)

Renungilah keredhaan Allah dan ketahuilah bahawa kalian adalah hamba Tuhan. Kita harus redha dengan apa yang terjadi dan menerima seperti hamba Allah yang ikhlas dan para auliya-Nya. Begitulah yang terjadi ke atas Sayyid as-Syuhada. Menurut riwayat, ketika tengahari Asyura menjelang dan satu demi satu para pemudanya gugur syahid, wajah beliau semakin bercahaya kerana dia tahu dia sedang menghampiri tujuannya. (47)

Pejuang muda, tentera yang berani dan bersenjata ini mengikuti jalan kesyahidan abadi.  Sejarah mencatatkan setiap wajah-wajah pemuda dan sahabat Imam Husein a.s yang gugur syahid bercahaya dan memancar keberanian justeru keputusan jelas mereka untuk berjuang. (48)


Hasil dan Kesan Kebangkitan Imam Husein a.s

Jika tidak ada Asyura dan pengorbanan keluarga Nabi, maka taghut akan menghancurkan segala misi kenabian dan penat lelah Rasulullah. Jika tidak ada Asyura, wahyu dan Kitab Allah akan tercoret tinta penyelewengan dengan helah jahiliyah Abu Sufiyan. Yazid adalah simbol warisan zaman penyembahan berhala yang menyangka akar Islam akan tercabut dengan terbunuh dan syahidnya putera-putera wahyu ini. Dengan bongkak dia mengumumkan, “Tidak ada berita (kenabian) yang datang dan tidak ada wahyu yang turun!” dengan harapan pemerintahan Ilahi akan terhapus. (Jika ini berlaku) kita tidak tahu apakah nasib al-Quran dan Islam yang kita cintai ini. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia yang memelihara Islam sebagai agama penyelamat dan al-Quran sebagai kitab pembimbing. Agama ini terjaga dengan darah para syuhada. Husein bin Ali sebagai warisan nubuwah dan titisan wilayah telah mengorbankan nyawanya dan orang-orang yang disayanginya demi umat Nabi Muhammad s.a.w. Darahnya yang suci mengalir di sepanjang sejarah menyirami agama Allah, menumbuhkan wahyu dan menyuburkan hasilnya. (49)

Kesyahidan Penghulu Kaum Mazlum dan pendokong al-Quran pada hari Asyura, merupakan bermulanya kehidupan abadi Islam dan kelestarian al-Quran. Mereka berjaya menghapuskan impian Yazid yang menggunakan Islam untuk kepentingannya sekaligus memadam watak Abu Sufiyan dari pentas sejarah. (50)

Pada ketika itu (hari Asyura) Yazid menggali kuburnya sendiri dan meletakkan namanya kekal dalam senarai pemerintah zalim. Demikian juga pada 15 Khordad (5 Jun 1963), orang-orang Reza Pahlavi, para pendokong dan sekutu jahatnya dengan tangan kejam monarki telah menggali kubur mereka sendiri dan jatuh terhina ke dalamnya. Alhamdulillah, bangsa besar Iran ini telah menang dan mengutuk ke atas kuburan mereka. (51)

Jika tidak ada gerakan ini, gerakan Imam Husein as, Yazid dan orang-orang Yazid akan memperlihatkan Islam secara songsang. Dan sejak dari mula, mereka tidak percaya pada Islam. Mereka dengki dan hasad pada auliya Islam. Sayiddul Syuhada dengan pengorbanan ini, selain mereka telah dikalahkan dan meninggalkan sedikit, rakyat diberikan kesedaran apa yang telah berlaku dan musibat apa yang telah terjadi. Musibat itulah yang menyebabkan berkecainya keadaan Bani Umayah. (52)

Tokoh besar yang menghirup unsur wahyu Ilahi dan dibesarkan dalam keluarga Sayyid Rasullullah mustafa dan Sayid Auliya Ali Murtada, dalam riba Siddiqah Tahirah bangun dan dengan pengorbanan yang tidak ada tandingannya serta gerakan Ilahinya mewujudkan kejadian besar sehingga istana kejam zaman itu tumbang dan agama Islam diselamatkan. (53)

Sayyid as-Syuhada mendirikan gerakan besar Asyura dan dengan pengorbanan dan darahnya serta orang-orang yang dikasihinya menyelamatkan Islam dan keadilan serta mengecam dan menumbangkan fasilitas dan fondasi Bani Umayah. (54)

Jika bukan dikeranakan pengorbanan penjaga Islam dan syahid keberanian tentera besar dan sahabat-sahabat pengorbannya, Islam sudah pasti akan diperkenalkan secara songsang oleh Bani Umayah dan rezim zalim, maka segala susah payah Nabi Muhammad dan para sahabatnya yang penuh pengorbanan akan menjadi sia-sia. (55)

Majoriti para Imam samada terbunuh atau diracuni, tetapi agama Islam tetap terpelihara. Mereka mati terbunuh tetapi ajaran mereka tetap terjaga. Agama mereka tetapi lestari. Dengan kematian mereka agama ini tetap hidup. (56)

Walaupun auliya banyak kehilangan haknya, namun ajaran mereka tetap terjaga. Sayyid as-Syuhada as telah terbunuh bersama dengan sahabat dan keluarganya. Tetapi ajaran/agamanya maju kedepan; agama tidak kalah malah maju ke depan. Bani Umayah telah dapat dikalahkan sepanjang abad dengan terbunuhnya Sayyid as-Syuhada; dengan kata lain Islam yang ingin ditonjolkan oleh Bani Umayah dan dengan mendakwa diri sebagai khalifah melaksanakan bertentangan dengan segala nilai-nilai insani. Sayyid as-Syuhada as mengalahkan rezim ini, rezim fasad ini dengan pengorbanan darahnya walaupun mati terbunuh. (57)

Auliya Tuhan juga merasa kekalahan. Imam Ali as dikalahkan oleh Muawiyah. Tidak dapat diperkatakan. Dia kalah. Imam Husein as juga kalah dalam perang menentang Yazid dan mati terbunuh tetapi pada realitinya beliau menang. Pada zahirnya tampak dia kalah tetapi hakikatnya dia menang. (58)

Islam yang anda dapat lihat hari ini, di sini sedang kita hidup, Sayyid as-Syuhada lah yang memeliharanya. (59)

Islam adalah agama yang amat dicintai sehingga anak-anak Rasulullah saaw mengorbankan nyawa untuk Islam. Sayyid as-Syuhada as bersama anak-anak muda, bersama para sahabat setianya berperang untuk Islam dan mati terbunuh dan Islam tetap hidup selamanya. (60)

Perjuangan Sayyid as-Syuhada as adalah perjuangan menentang pemerintahan masa itu, yang merupakan pemerintahan taghut. Kesyahidan Sayyid as-Syuhada tidak mendatangkan kerosakan pada Islam, malah Islam dapat maju ke hadapan. Jika tidak dikeranakan kesyahidannya, Muawiyah dan putranya akan menampilkan Islam dalam bentuk lain kepada dunia, atas nama Khalifah Rasulullah, dengan pergi ke masjid, mendirikan solat jumaat dan menjadi imam solat Jumaat, mendirikan solat jemaah, menjadi imam solat jemaah. Nama, mengatasnamakan khalifah Rasulullah dan pemerintahan, pemerintahan Islam tetapi pengisiannya bertentangan dengan Islam, bukan pemerintahan, pemerintahan Islam yang berlandaskan pada pengisian, dan bukan pemerintahan, pemerintahan Islam. Sayyid as-Syuhada as, mempunyai peran untuk membatalkan segala usaha mereka untuk mengembalikan Islam kepada jahiliyah dan menunjukkan Islam seperti zaman lalu. (61)

Syahidnya Sayyid as-Syuhada menghidupkan agama. Beliau sendiri gugur syahid, agama Islam tetap hidup dan rezim taghut Muawiyah dan putranya dikapankan. Ini kerana Sayyid as-Syuhada meliaht mereka ini berusaha untuk mencemarkan Islam, melakukan kesalahan atas nama khalifah Islam dan melakukan kezaliman serta ini akan terpancar/terefleksi di dunia bahawa khalifah Rasulullah melakukan kerja-keraja ini. Sayyid as-Syuhada yang mengenal akan tanggung jawabnya iaitu pergi dan mati terbunuh; dan menghancurkan kerja-kerja Muawiyah dan putranya. Selepas terbunuh, kesyahidan Sayyid as-Syuhada tidak merugikan apa-apa pada Islam, sebaliknya menguntungkan Islam, menghidupkan Islam. (62)

Jika tidak ada Sayyid as-Syuhada, rezim taghut ini akan memperkokohkan perkara ini, kembali pada jahiliyah. JIka saat ini saya dan anda adalah muslim, maka kita adalah muslim taghut, bukan muslim seperti Imam Husein. Imam Huseinlah yang menyelamatkan Islam. (63)

Sayyid as-Syuhada juga kalah dan mati terbunuh. Tetapi dia telah mencapai kemenangan puncak. Agamanya tidak terkubur dengan kematiannya. Musuhnya mundur. Muawiyah dan sekutu-sekutu Muawiyah yang ingin mengubah Islam dalam bentuk emparator kembali ke zaman jahiliyah, kembali kepada kondisi jahiliyah telah dikalahkan. Yazid dan orang-orang Yazid dikubur/dikapankan hingga abadi dan rakyat melaknat mereka sehingga abadi. Tuhan juga melaknat mereka dan mereka iaitu Imam Husein juga terpelihara. (64)

Sayyid as-Syuhada adalah Sayyid as-Syuhada. Agama terjamin dengan amalannya. (65)

Ana minal Hussein seperti yang telah diriwayatkan dari Rasulullah saaw, Rasul bersabda, dengan maksudnya, maknanya Husein adalah kepunyaan ku dan aku juga hidup darinya. Telah dinukilkan darinya. Semua barakah ini adalah dari kesyahidannya, walaupun musuh ingin segala hasil kerjanya musnah, mereka ingin akar Bani Hasyim disingkirkan……bahasa arab mereka mengatakan yang mereka ingin membuang dasar Islam dan mendirikan sebuah kerajaan arab. (66)

Ketika Imam Husein bergerak menuju Mekah dan saat beliau keluar dari kota Mekah, ia merupakan sebuah gerakan politik yang besar ketika mana dalam waktu yang sama, orang ramai sedang menuju ke Mekah. Beliau pula keluar dari kota tersebut. Ini adalah sebuah gerakan politik, semua gerakannya adalah gerakan politik. Islam politik dan gerakan Islam politik inilah yang telah menumbangkan Bani Umayah dan jika tidak dikeranakan gerakan ini, sudah tentu Islam hancur lebur. (67)

Imam Husein as-beliau dan seluruh anak-anak dan para sahabatnya berkorban dan selepas kesyahidannya, Islam semakin kokoh. (68)

Sayyid as-Syuhada as mati terbunuh, kalah tetapi Bani Umayah sedemikian menanggung kekalahan sehingga ke akhir mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa; seperti darah yang mengalir ini, pedang itu ditarik, seperti yang kita lihat sekali lagi kemenangan berpihak pada Sayyid as-Syuhada dan kekalahan adalah bersama Yazid dan sekutu-sekutunya. (69)

Sayyid as-Syuhada bersama hak dan bersama sebilangan kecil bangun menentang dan dalam hal ini mencapai kesyahidan dan anak-anak beliau juga gugur syahid, tetapi Islam hidup dan rahsia Yazid dan Bani Umayah terbongkar. (70)

Sayyid as-Syuhada as bersama beberapa sahabatnya, beberapa orang dari keluarganya, bangun menentang dari kemuliaannya. Kerana kebangkitan demi Allah, menumbangkan dasar kesultanan kejam. Walaupun beliau terbunuh tetapi dasar kesultanan, dasar kesultanan yang ingin Islam berubah dalam bentuk kesultanan taghut tumbang. (71)

Orang yang bekerja untuk Tuhan tidak pernah gagal di dalamnya, walaupun terbunuh tidak kalah. Sayyid as-Syuhada juga terbunuh tetapi adakah beliau kalah? Saat ini benderanya terpacak megah dan tidak ada kaitan dengan Yazid. (72)

Jika tidak dikeranakan kebangkitan Sayyid as-Syuhada, maka kita juga tidak mungkin mencapai kemenangan. (73)

 

Kebangkitan Asyura, contoh kebebasan

Sayyid as-Syuhada as mengajar kepada semua apa yang patut dilakukan ketika menghadapi kezaliman, menghadapi kejahatan, dalam menghadapi pemerintahan kejam. Walaupun sejak awal beliau mengetahui bahawa jalan yang akan ditempuh ini adalah jalan yang akan mengorbankan semua sahabat dan keluarganya dan  orang-orang yang dikasihi Islam ini berkorban untuk Islam, tetapi mereka juga tahu akan akibatnya. Jika tidak ada gerakan ini, gerakan Husein as, Yazid dan sekutu-sekutunya akan menonjolkan Islam secara songsang. Dan sejak awal, mereka ini tidak percaya pada Islam dan mereka ini sebenarnya dengki dan hasad pada auliya Islam. Dengan pengorbanan ini Sayyid as-Syuhada, selain mengalahkan merekta dan tidak lama berlalunya waktu, rakyat mula menyedari apakah yang telah terjadi dan apakah mala petaka yang menimpa. Musibat inilah yang menyebabkan hancurnya Bani Umayah, selain itu, di sepanjang sejarah diajari kepada semua bahawa inilah jalannya. Janganlah bimbang dengan angka bilangan, bilangan tidak akan menjadi kerja, kualiti bilangan, kualiti jihad, satu bilangan berhadapan dengan bilangan besar, itulah yang akan menjadi kerja. Mungkin saja sedikit tetapi kualitinya berkemampuan dan mulia. (74)
 

Imam umat Islam mengajar kepada kita ketika penzalim zaman itu berkuasa di atas umat Islam, memerintah secara zalim, dalam menghadapi dengannya, andaipun kekuatan kalian tidak seberapa bangunlah dan berjuanglah. Jika melihat Islam dalam keadaan bahaya, berkorbanlah dan sumbangkanlah darah kalian. (75)

Dengan pekerjaannya Sayyid as-Syuhada mengajar kita apa yang harus kita lakukan dalam lapangan dan bagaimana pula sikap kita saat berada di luar medan, mereka yang berjuang secara bersenjata, bagaimana mereka mesti melakukan dan mereka yang berada di belakang medan perang bagaimana mereka mesti berdakwah. Kualiti perlawanan adalah bagaimana untuk bangkit dengan bilangan sedikit dalam berhadapan dengan bilangan besar yang kuat. Kualitinya adalah bagaimana dengan sebilangan kecil ini semestinya berhadapan dengan pemerintahan zalim yang menguasai semua tempat, inilah yang diajari oleh Sayyid as-Syuhada kepada bangsa dan demikian juga ahlul bait beliau dan anak-anak mulianya memahami selepas musibah yang menimpa mereka, apa yang mesti mereka lakukan. Mestikah mereka menyerah? Mestikah mereka mengurangkan perjuangan mereka? Atau bangun seperti Sayyidah Zainab sa menelurusi musibah besar tersebut yang disebut .......bahasa arab.. dan bersuara dihadapan kufar dan dihadapan zindiq dan di mana saja beliau menemui kesempatan beliau menyampaikan hal yang berlaku dan Ali bin Husein as dalam keadaan lemah kerana sakit menyampaikan apa yang telah berlaku. (76)

Sayyid as-Syuhada dan sahabat-sahabat dan ahlul baitnya mengajar kita tanggung jawab: berkorban di medan, berdakwah di luar medan. Pengorbanan yang sedemikian itu berharga di hadapan Allah swt dan membantu hasil gerakan Imam Husein as, khutbah-khutbah Imam Sajjad dan Zainab sedemikian itu atau hampir besar itu memberikan kesan.

Mereka memberikan kita kefahaman bahawa di hadapan si zalim, di hadapan pemerintahan batil, perempuan tidak harus takut, lelaki tidak mesti takut. Di hadapan Yazid, Sayyidah Zainab sa berdiri dan menghina Bani Umayah, penghinaan atau celaan yang tidak pernah mereka dengar seumur hidup dan dalam kata-kata nya dalam perjalanannya dan di Kufah, di Syam dan di mimbar-mimbar yang ditempuh oleh Imam Sajad as. Mereka menjelaskan apa yang telah terjadi, bukan persoalannya tidak hak melawan yang hak, mengenal kami sebagai orang jahat; apa yang ingin diperkenalkan oleh Sayyid as-Syuhada ialah kami adalah orang yang berhadapan dengan pemerintahan waktu itu, yang mengaku diri mereka sebagai Khalifah Rasulullah. Imam Sajjad mendedahkan perkara ini di hadapan orang ramai dan begitu juga Zainab sa.

Tanggung jawab kita telah ditetapkan oleh Sayyid as-Syuhada, janganlah bimbang atau khuatir dengan bilangan kecil saat berada dalam medan perang, janganlah takut pada kesyahidan. Betapa besar tujuan dan ideologi insan, sebesar itulah kita mesti menanggung kesusahannya. (77)

Imam Husein as dengan sebilangan kecilnya berkorban segalanya demi Islam, berdiri di hadapan sebuah empayar besar dan berkata "tidak". (78)

Dalam keadaan syahidnya Sayyid as-Syuhada kita kehilangan lebih tinggi dari semua hal, tetapi beliau melakukan pengorbanan kerana beliau tahu apa yang beliau lakukan dan kemana perginya dan apa tujuannya, beliau gugur syahid dan kita juga mestilah melakukan pengorbanan dengan mengambil kira apa yang dilakukan oleh Sayyid as-Syuhada dan apatah lagi memusnahkan kezaliman dan apa yang telah kita lakukan. (79)

Sayyid as-Syuhada as saat melihat sebuah pemerintahan zalim, kejam sedang memerintah rakyat, menjelaskan bahawa kita kita melihat seorang pemerintah kejam sedang memerintah, kita haruslah bangun menentangnya, mencegahnya semampu mungkin; dengan beberapa orang, hanya dengan beberapa orang, di hadapan tentera yang dilengkapi. Begitulah. Tetapi dia mengetahui bahawa tanggung jawabnya adalah bangun menentang dan dia mengorbankan darahnya untuk mengislah bangsa ini, sehingga bendera Yazid ini jatuh terbaring dan begitulah jadinya, khalas. Dia memberikan darahnya dan darah anak-anaknya serta keluarga dan semua yang dimilikinya demi Islam. Adakah darah kita lebih berwarna dari darah Sayyid as-Syuhada? Kenapa kita mesti takut untuk menyumbangkan darah kita atau mengorbankan nyawa kita? Mereka pula dalam keadaan …….Sultan kejam berkata: Saya muslim, muslimnya Yazid sama dengan muslimnya Syah; Jika tidak lebih, tidak pula kurang kerana bersikap demikian terhadap rakyat dan dia merupakan seorang lelaki yang kejam, zalim dan inginkan rakyat menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi padanya, itulah makanya Sayyid as-Syuhada melihat perlu beliau bangun menentang walaupun terpaksa menyerahkan nyawanya. (80)

Adalah satu perintah atau arahan. Arahan kerja Imam Husein as adalah arahan untuk semua. ……..bahasa arab….adalah arahan setiap hari di setiap tempat iaitu mesti melanjutkan gerakan tersebut dengan program yang sama.

Imam Husein dengan sebilangan kecil berkorban untuk Islam; berdiri menentang sebuah empayar besar dan berkata ‘tidak’; kita mesti memelihara kata-kata tidak ini di setiap hari dan di setiap tempat. (81)

Kalimat….bahasa arab….. adalah sebuah kalimat besar yang telah disalah ertikan. Mereka membayangkan bahawa kita mesti menangis setiap hari! Tetapi bukan ini pengertiannya. Apakah yang telah dilakukan oleh Karbala, apakah peran yang dimainkan oleh tanah Karbala pada hari Asyura, semua tanah/negara mestilah demikian. Peranan Karbala adalah tempat di mana Sayyid as-Syuhada as dengan beberpa orang dan sebilangan yang terbatas, datang ke Karbala dan berdiri di hadapan si zalim Yazid dan berhadapan dengan empayar zaman tersebut dan berkorban serta mati terbunuh. Tetapi tidak menerima kezaliman dan mengalahkan Yazid. Semua tempat mestilah demikian. Semua hari mestilah demikian. Pada semua hari, bangsa kita mestilah mempunyai makna demikian bahawa hari ini adalah hari Asyura dan kita mesti berdiri di hadapan kezaliman. Dan di tempat ini adalah juga Karbala dan kita mesti bergerak dengan peran Karbala, tidak terbatas pada satu tempat, tidak terbatas pada seseorang. Persoalan Karbala tidak terbatas pada sebuah kelompok dengan 70 beberapa orang di satu tempat bernama Karbala. Semua tanah/tempat mestilah melaksanakan peranan ini dan tidak melalaikan semua hari. Bangsa tidak boleh lalai/lupa bahawa kita mesti senantiasa berdepan dengan kezaliman. (82)

Janganlah bimbang dan khawatir, tidak merasa gentar, takut dan bimbang dibuang jauh-jauh dari dalam diri. Anda adalah pengikut dan pendukung yang berdiri tegas dan sabar berhadapan dengan musibah dan tragedi. Apa yang kita lihat hari ini berbanding dengan apa yang berlaku hari itu tidak ada apa-apanya. Tokoh-tokoh besar kita telah melalui peristiwa-peristiwa seperti hari Asyura dan malam ke 11 Muharam serta menanggung musibah yang agak besar di jalan agama Allah. Apakah yang kalian cakap hari ini? Apa yang kalian takutkan? Untuk apa anda merasa bimbang? Adalah aib/memalukan bila seseorang itu mengatakan dirinya pengikut Imam Ali as dan Imam Husein as, tetapi menyerah di hadapan perbuatan rasuah dan kerja-kerja jahat alat pemerintahan. (83)

Gerakan 12 Muharam (15 Khurdod) dalam berhadapan dengan istana kejam Syah dan orang-orang asing adalah mengikuti gerakan suci Huseini yang begitu kuat dan konstruktif yang telah diteruskan oleh pejuang mujahid, sedar dan penuh pengorbanan dengan gerakan dan pengorbanan menghadapi si zalim dan kejam, sedemikian bangsa besar disedar dan digerakkan untuk bersatu sehingga merampas tidur dari mata pihak asing dan penyembah pihak asing. Hauzeh Ilmiah, universiti-universiti dan pasar-pasar dibentuk menjadi tembok pelindung para penuntut keadilan dan menjadikan Islam sebagai agama mulia. (84)

Hari ini ada satu perkara yang penting. Begitu penting sehingga nyawa mesti dikorbankan. Penting sehingga Sayyid as-Syuhada berkorban nyawa untuknya, begitu penting sehingga Nabi Islam bekerja keras selama 23 tahun, begitu penting sehingga Imam Ali as berjuang menentang Muawiyah dan dikala Muawiyah mengaku Islam sedangkan dia adalah sultan kejam, sedangkan ia adalah alat kekejaman, yang mesti ditumbangkan. Sehingga sahabat-sahabat mulianya terbunuh, sehingga pihak lawan juga banyak yang terbunuh; untuk apa?? Untuk mendirikan hak, untuk menegakkan keadilan. (85)

Kita tidak lebih mulia dari Sayyid as-Syuhada. Kita melaksanakan tanggung jawab kita, walaupun mati terbunuh. (86)

Kenangan pahit 17 Shahriwar 57 dan kenangan getir hari-hari besar yang dilewati dengan buah manis menumbangkan istana despotik, arogan dan digantikan dengan bendera republik keadilan Islam. Bukan kah itu ajaran ......bahasa arab...yang mesti menjadi sumber pada umat Islam. Kebangkitan semua orang pada setiap hari dan di setiap negara/tanah. Asyura adalah kebangkitan para penuntut hak, dengan sebilangan kecil dan iman serta cinta yang besar, berhadapan dengan si zalim penduduk istana dan arogan perampas dan arahannya adalah ini merupakan program contoh kehidupan di setiap hari dan di setiap tanah. Hari-hari yang kita lalui, Asyura berlaku secara berulang-ulang di medan, jalan, rumah, lorong di mana darah anak-anak Islam tumpah, disitulah Karbala berulang. Dan arahan yang mengajar ini merupakan tanggung jawab dan sebuah berita. Tanggung jawab bahawa walaupun bilangan orang yang teraniaya itu sedikit untuk berdepan dengan arogan, jikapun pihak yang dihadapi itu dilengkapi dengan segala alat dan berkuasa, kita ditugaskan untuk bangkit seperti mana yang dilakukan oleh pemimpin para syuhada; diberitakan bahawa kesyahidan adalah rahasia kemenangan. 17 Shahriwar merupakan pengulangan Asyura dan medan syuhada, pengulangan Karbala dan kesyahidan kita, pengulangan/berulangnya tragedi syahid Karbala dan kesyahidan kita, pengulangan syahid Karbala dan penentang bangsa kita, pengulangan Yazid dan sekutu-sekutunya. Karbala menghancurkan istana jahat dengan darah; Karbala kita menumbangkan istana kesultanan setan. Kini masanya kita pewaris darah-darah ini dan pemuda yang tinggal dan syuhada yang disalut darah tidak menyerah(melanjutkan perjuangan) sehingga pengorbanan mereka membuahkan hasil dan dengan pentadbiran yang istiqamah dan genggaman yang kuat, sisa-sisa rezim kejam dan para konspirator perampok timur dan barat dapat dikuburkan di bawah kaki para syuhada. (87)

Bangsa besar ini pada ulang tahun tragedi letupan yang jatuh pada tarikh 15 Khurdod 42 mengambil inspirasinya dari Asyura. Jika Asyura, kehangatan dan semangat bergeloranya tidak ada, belum tahu sama ada kebangkitan ini akan berlaku tanpa masa lalu dan terorganisir. Kejadian besar Asyura berlaku pada 61 Hijriah sehingga Khurdod 61 adalah kebangkitan.......................dalam setiap potongan sejarah merupakan pembuat revolusi. (88)

Saat ini kita melihat dalam medan-medan perang menunjukkan mereka, semuanya sedang berusaha mehangatkan medan-medana perang dengan cinta pada Imam Husein as. (89)

Kini bangsa kita memahami maksud.....bahasa arab..Di acara-acara peringatan dan doa-doa malam Asyura, mereka menghidupkan para sahabat Sayyid as-Syuhada dalam jiwa-jiwa mereka. (90)

 

Imam Husein as memelihara Islam dengan darah mereka, kalian dengan mengikutinya menjamin kehidupan revolusi dan Islam. (91)
 

Dalam hal di mana anak-anak muda layak kita, kita kehilangan pemuda-pemuda kita yang bekerja dengan baik, tetapi apa yang kita dapati adalah lebih dari maksud ini. Itulah Sayyid as-Syuhada mengorbankan wanita dan anak-anaknya, apa yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dalam kehidupannya dan para Imam Maksumin kita menderita dan melalui segala kesulitan dalam menempuh jalan ini. (92)


[1] Sebahagian daripada bait syair Abdullah bin Zab’ari yang berbunyi;

                Telah dipersenda Bani Hasyim dengan dinasti yang percaya

                                                Tidak pernah ada berita yang datang dan tidak pernah ada wahyu yang turun

Syair ini dibacakan oleh Yazid bin Muawiyah sambil menjolok tongkatnya ke gigi Imam Husein a.s ketika kepala Imam Husein a.s dibawa ke hadapannya di Syam. Syair ini membuktikan bahawa Yazid tidak pernah beriman dengan al-Quran dan mempersendakan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Lihat Allamah Sya’rani, t.t., Dumi’a as-Sujum fi Tarjumah Nasf al-Mahmum, m.s 252.
[2] Sama seperti raja Iran yang terakhir Reza Khan Pahlawi dan anaknya Muhammad Reza yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri dan dinasti mereka.
[3] Telah berkata Abu Mihnaf daripada ‘Uqbah bin Abi al-‘Izari: “Sesungguhnya Imam Husein a.s telah berkhutbah  di hadapan para sahabatnya dan pengikut al-Hurr di sebuah tempat bernama Baidhah. Setelah memuji Allah, beliau berkata, “ Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Barangsiapa yang melihat sultan yang zalim menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah, menyalahi Sunnah Rasulullah dan memperlakukan hamba-hamba Allah dengan zalim dan dosa, lalu tidak menegurnya dengan perbuatan atau perkataan, maka berhak ke atas Allah untuk memasukkan dia ke (neraka) tempat sultan yang zalim tersebut.” Lihat Tarikh Tabari, Jilid 4, muka surat 304.
[4] “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti dan mukjizat yang jelas dan Kami telah menurunkan bersama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.” Surah al-Hadid, ayat 25.

 

 

Read 925 times